Medical Card
“Saya seorang pekerja,
kenapa saya perlukan Medical Card sedangkan majikan saya menanggung kos
perubatan dan rawatan di Hospital? Kenapa saya perlu bazirkan wang saya untuk
invest dalam medical card dari sekarang? Saya akan ambil medical card apabila
saya dah pencen nanti”
Ok, itulah biasanya
persoalan yang diungkapkan oleh seorang pekerja yang telah diberi kemudahan
oleh Majikan mereka untuk rawatan perubatan hospital. Namun begitu, saya ingin
ajukan soalan ini untuk pekerja-pekerja yang berpandangan mereka tidak perlukan
medical card kerana benefits yang sama telah diberikan oleh majikan..
1)Adakah Majikan akan
menanggung kos rawatan perubatan sehingga anda meninggal dunia?
2)Adakah anda pasti tidak
akan bertukar kerja atau berhijrah ke Syarikat lain yang mungkin tidak akan
menyediakan benefits yang sama?
3)Adakah anda yakin
Syarikat akan terus mengekalkan polisi faedah yang sama, atau syarikat mungkin
akan mengurangkan in-kind benefits semasa cost-cutting operating cost?
4)Bagaimana sekiranya anda
terpaksa di medical board out semasa bekerja, adakah syarikat akan menanggung
kos perubatan selepas anda ditamatkan perkhidmatan?
5)Adakah anda yakin akan
kekal sihat selepas umur persaraan nanti bagi melayakkan anda mengambil medical
card?
Ini adalah antara
persoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh pekerja dalam menentukan samada
medical card adalah satu keperluan atau pembaziran untuk anda. Mungkin sekarang
ini anda belum nampak lagi kegunaan medical card, dan anda hanya sedar akan
manfaat medical card apabila ditimpa sakit atau kecelekaan. Malangnya sewaktu
saat tersebut, tiada lagi syarikat takaful atau insurans yang akan menerima
permohonan anda untuk mendapatkan medical card.
Medical card hanya boleh
diperolehi semasa anda sihat dan bukannya apabila anda ditimpa sakit. Jadi,
sekiranya anda memasang niat untuk memiliki medical card selepas umur
persaraan, adakah anda pasti sewaktu umur tersebut, anda tidak mempunyai
apa-apa penyakit,even kalau tak ada penyakit sekalipun, kos untuk memiliki
Medical Card di usia matang atau emas..bukan dua tiga kali ganda..tapi
berkali-kali ganda mahalnya!!! Sanggupkah anda menggunakan wang KWSP untuk
membiayai kos perubatan selepas persaraan, sedangkan simpanan KWSP sepatutnya digunakan
untuk menampung perbelanjaan kehidupan selepas bersara.
No comments:
Post a Comment