KWSP
saya cukup sampai cucu cicit!!!
Saya pernah terjumpa dengan seorang lelaki yang
agak berumur di Pasar Tani Shah Alam tahun lepas. Setelah saya approach lelaki
berkenaan terus reject dan memberikan alasan bahawa beliau tidak memerlukan
sebarang penerangan berkenaan produk takaful atas alasan "KWSP beliau
cukup sampai cucu cicit..." wow...dalam hati saya walaupun agak kecewa
dengan responds yang diberikan...kaya betul pakcik nie...KWSP saja dah boleh
wakafkan pada anak cucu...realiti simpanan KWSP di Malaysia yang ramai orang tak
amik kisah dan tak amik peduli...
Hari ini kita disogokkan dengan berbagai cerita
menarik berkenaan skim KWSP ini...siapa yang tidak sedar bahawa KWSP hanya
memberikan dividen 6% pada 2011 iaitu divident tertinggi dalam dekad nie.
Kadar dividen KWSP dari tahun 1990 sehingga 2011
Sebagai seorang yang mendalami ilmu ekonomi,
adakah cukup dividen 6% ini untuk menangani faktor inflasi dalam negara? apakah
maksud inflasi? dalam bahasa mudahnya kalaulah dividen tu duit beranak
pinak...inflasi nie pulak duit menguncup atau duit semakin susut nilai...kadar
inflasi dalam negara pada Januari 2012 adalah 2.7%
Secara ringkasnya duit dalam KWSP pada tahun 2011
hanya berkembang pada kadar (6% - 2.7%) = 3.3% setahun...ini adalah kenyataan
yang anda perlu tahu dan perlu mengkaji sedalam-dalamnya...tak percaya? adakah
anda sanggup menunggu 30tahun untuk mempercayai kebenaran kata-kata saya? sudah
terlalu lambat...30tahun lagi, even saya pun tak tahu adakah blog saya ini
masih akan berlegar-legar di World Wide Web...
Cukup ke dividen 3.3% setahun? kadar inflasi 2.7%
secara kasarnya diperolehi daripada penilaian secara menyeluruh...bagaimana
pula saya katakan bahawa kadar inflasi sebenar di Malaysia adalah lebih
daripada 2.7% setahun...tak percaya? sapa pernah beli kuih kat area Klang &
Shah Alam? satu ketika dahulu RM1 boleh beli berapa banyak kuih? sekarang nie
RM2 boleh beli berapa bijik kuih? sekarang nie 5bijik kuih biasa-biasa
RM2...kalau donat dan kuih yang banyak guna gula sebijik 50sen...dulu pulak
bagaimana harganya? 4bijik donat baru RM1...ini pun salah satu dari inflasi
jugak kan...hihi
Bagaimana pula inflasi kos perubatan di Malaysia?
rujuk The Star Front Page 27 May 2007...
Segalanya berkenaan fakta yang ramai dikalangan
kita hampir tidak sedar..Hampir setiap hari kita disogokkan dengan berita
tentang kepentingan untuk persaraan namun apa yang kita lebih suka baca adalah
gossip artis, berita bola sepak, politik dan bermacam-macam lagi yang hanya
melalaikan kita dari tanggungjawab kita yang sebenar...rata-rata kita lebih
suka melebihkan entertainment dari perbelanjaan untuk masa depan...contohnya
berkorban untuk membeli sekotak rokok Dunhill RM10 sehari lebih utama dari
perbelanjaan untuk plan retirement RM10 sehari...rokok bakar duit hari-hari
berkotak-kotak takpa...belanja untuk medikal kad & simpanan persaraan RM10
sehari rasa tinggi sangat-sangat...susah kan? sistem yahudi mabuk dah sebati
dalam jiwa kita seharian...susah nak diperbetulkan...
Wang simpanan persaraan kita di KWSP sepatutnya
tidak digunakan untuk tujuan lain selain dari persaraan dan membeli rumah.
Kenapa? Kebanyakkan orang kita yang masih tidak memiliki plan perubatan dan
hanya bergantung kepada insurans yang company sediakan akan sedar hakikat
insurans company itu hanya akan cover semasa mereka masih bekerja...bagaimana
pula selepas bersara? KWSP jugak nak dikorek untuk kos perubatan...
Anda tak rasa rugi ke duit penat lelah berpuluh
tahun terpaksa digunakan untuk kos perubatan? Penah pergi ke pernahkah anda
berkunjung ke Institut Jantung Negara? kalau tak pernah, saya ingin sharekan
dua perkara yang saya ambil semasa berkunjung melawat pesakit pada satu ketika
dahulu...
1)Tempat pendaftaran untuk pesakit korporat &
Insurans
2)Tiada sebarang insurans? Print Statement KWSP
dan tunjuk pada IJN...
Buat masa sekarang, IJN adalah satu-satunya
hospital semi-government yang menawarkan perkhidmatan rawatan jantung yang
terbaik di Malaysia pada kos yang mampu...pilihan ditangan anda untuk
menggunakan rawatan di Hospital Swasta yang lebih mahal kosnya dengan duit
sendiri atau menggunakan rawatan di IJN dengan kos yang lebih rendah namun
berpeluh jugaklah nak membayarnya...zaman sekarang nie segalanya memerlukan
duit...mana ada benda free zaman sekarang nie...Kalaulah time dah sakit baru
nak mencari insurans, memang susah lah...
Pilihan ditangan kita sendiri...KWSP adalah hak
mutlak seseorang pencarum...namun kita sebagai pengguna berhak tahu financial
instrument yang lain yang mampu menyelamatkan duit untuk persaraan kita itu
dari digunakan untuk tujuan lain...Terpulang pada kita untuk hanya sekadar
membaca artikel ini atau mencerna sebahagiannya...Semua yang dipaparkan adalah
realiti kehidupan seharian...kalau kita tidak mula berfikir dan tidak melakukan
sesuatu dari sekarang, ianya akan menjadi terlalu lewat dan terlalu mahal untuk
memperbetulkan keadaan...hubungilah financial consultant yang bertauliah
sekarang dah berbincanglah dengan mereka bagaimana untuk merancang untuk
persaraan...
No comments:
Post a Comment