Medical Card
Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki
medical card agak tinggi sekarang ini.Apabila berjumpa dengan prospek
Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card pruBSN dengan Takaful
provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, agent takaful
tersebut mendakwa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai
co-takaful.
Apakah sebenarnya co-takaful? Co-takaful adalah sharing cost (pembayaran
bersama) diantara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta pruBSN
Takaful, Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10% dan MAKSIMUM sebanyak
RM1000 dan minimum Rm300. Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM50,000 ,
co-takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1000 shj dan bukannya RM5,000.
Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?
Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta
terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1000 untuk rawatan
perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan
oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang
tiada co-takaful.
Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untukpelan
Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur
Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah
RM60,000, anda terpaksa top-up RM10k dek kerana pada awalnya ingin berjimat
kerana tidak ingin membayar co-takaful. Dan baki kos seumur hidup yang tinggal
pula adalah Rm100,000 shj. Jika seandainya 2thn kemudian anda sudah menggunakan
maksimum baki Rm100,000 itu, bagaimana pula anda akan menanggung kos perubatan untuk
tahun2 yang mendatang?
Berbanding dengan pruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk
pelan Room and Board 150, had tahunan adalah RM62,500 dan Had Seumur Hidup
adalah Rm625,000. Malah yang lebih menarik anda boleh ambil plan untuk
mengetepikan had tahunan. Ini bermakna dalam tahun yang sama anda boleh terus
menggunakan sehingga maksimum Rm625,000! Sudah lebih dari cukup bukan?
Ada syarikat yang tidak mengenakan co-takaful untuk medical card mereka,
tetapi, ada kekurangan lain yang anda perlu tahu, iaitu had tahunan Dan Had
Seumur hidup yang jauh lebih rendah dari Medical Card pruBSN Takaful serta kos
tabarru’ yang amat tinggi!
No comments:
Post a Comment